Malay

Jika anda percaya anda telah dilayan dengan cara yang tidak adil berdasar atas anda punya:

  • jantina
  • taraf perkahwinan (status perhubungan)
  • kehamilan
  • status keluargaan (ada/tiada anak)
  • menyusui bayi
  • umur
  • bangsa
  • kecacatan
  • kepercayaan atau kegiatan berkaitan dengan agama
  • kepercayaan atau kegiatan berkaitan dengan politik
  • kegiatan berkaitan dengan kesatuan sekerja
  • kegiatan seksual yang sah di sisi undang-undang
  • identiti jantina
  • tanggungjawap keluargaan

Berkaitan dengan kegiatan anda semasa:

  • bekerja
  • belajar
  • di tempat penginapan anda
  • menerima barang-barang atau perkhidmatan (atau lain-lain situasi berkenaan dengan anda semasa anda bertindak dalam arena umum)

Sila panggil Suruhanjaya Anti-Diskriminasi Queensland di nombor 1300 130 670 untuk penerangan lanjut.

Kita juga boleh membantu anda dengan maklumat tentang pengangguan seksual dan celaan berdasar bangsa, agama, kecondongan seksual dan identiti jantina.

Pejabat-pejabat kita terletak di Brisbane, Rockhampton, Townsville dan Cairms.

Kita juga mempunyai risalah-risalah dalam pelbagai bahasa, dan kita juga boleh mengatur jurubahasa untuk membantu anda jika perlu.

Version : November 2007