Let us Know in Bahasa Malaysia
BERITAHU KAMI |
Let Us Know - Bahasa Malaysia |
Suruhanjaya Anti-Diskriminasi Queensland (ADCQ) mempunyai peranan untuk menyelidik dan berunding berhubung hal-hal yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Salah satu persoalan yang melibatkan kami adalah takat orang Arab dan Muslim yang menjalankan hidup biasa mereka menjadi sasaran permusuhan dan keganansan.
Untuk membanteras dan menyelesai situasi tidak sopan and kemungkinan juga salah di sisi undang-undang ini, ADCQ ingin mengetahui apa sedang berlaku dengan masyarakat am.
BERITAHU KAMI cerita anda jika anda pernah mengalami kejadian sebegitu di lapangan awam (seperti semasa berjalan, semasa membeli-belah, semasa menaiki pengangkutan am, atau di tempat kerja/belajar).
Anda boleh MEMBERITAHU KAMI dalam bahasa ibunda anda dan kami akan mengurus supaya anda boleh bercakap dengan seorang penterjemah.
BEITAHU KAMI melalui :
BERITAU KAMI tentang :
- diri anda (bangsa, bahasa-bahasa yang anda boleh bercakap, jantina, umur)
- apa yang telah berlaku (di mana, bila, dan mengapa anda rasa ia telah berlaku)
- langkah-langkah yang telah anda lakukan untuk melaporkannya dan apa berlaku tentang laporan anda
Apa akan berlaku?
Cerita-cerita anda akan menjadi asas perfahaman kami tentang takat di mana orang Arab dan Muslim diancam dan dihina. Maklumat dan identiti anda akan dirahsiakan. Peruntukan untuk pekerja perhubungan (liaison worker) di daerah di mana kejadian-kejadian ini berlaku merupakan salah satu hasil yang mungkin berlaku dari cerita-cerita anda.
Aduan rasmi
Memberitahu cerita anda kepada ADCQ bukan merupakan aduan rasmi. Sila panggil ADCQ untuk memperolehi maklumat lanjut jika anda ingin membuat aduan rasmi.
PANGGIL CRIMESTOPPERS on 1800 333 000 JIKA KESELAMATAN ANDA TERANCAM.
Back to LET US KNOW home page